Saturday, July 7, 2012

Madrasah Maya Al-Amsyari

Apa itu Madrasah Al-Amsyari?
Umumnya ia merupakan satu kumpulan atau jaringan laman-laman tarbiyyah dan dakwah di internet yang dihasilkan, dikelola atau sekurang-kurangnya diasaskan oleh Abu Zulfiqar Al-Amsyari. Disebut juga sebagai Madrasah Maya Al-Amsyari.

Apakah laman-laman tersebut?
1.       DEBUNGA TERATAI SYURGAWI http://alexanderwathern.blogspot.com/
2.       IKHTIAR MUSLIM http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/
3.       BERMESRA DENGAN KEBENARAN MUTLAK http://myalexanderwathern.blogspot.com/
4.       SATU UMAT http://satuumat.blogspot.com/
5.       KOLEKSI CERAMAH & KULIAH ASWJ http://ribuanceramah.blogspot.com/
6.       MENGAPA ISLAM? http://mengapaislam.wordpress.com/
7.       MENGENAL ISLAM http://mengenalislam.blogspot.com/
8.       IHYA’ AS-SUNNAH http://ihyaassunnah.blogspot.com/
9.       TAJDID SEGAR TAJDID SEBENAR http://tajdidsebenar.blogspot.com/
10.   KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA http://syarahisrakmikraj.blogspot.com/
11.   MUNYATUL MUSOLLI http://munyatulmusolli.blogspot.com/
12.   KULIAH AKHIR ZAMAN http://40hadithakhirzaman.blogspot.com/

Apakah matlamat Madrasah Al-Amsyari?
KE ARAH memberikan input ilmu dan tarbiyyah yang SYUMUL, SEIMBANG dan BERKESAN kepada umat Islam, khususnya di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Siapakah yang sesuai untuk mengikuti Madrasah Al-Amsyari?
1.       Mereka yang berminat untuk menambah ilmu, iman dan amal dalam beragama tetapi memang TIDAK ADA RUANG LANGSUNG untuk pergi menghadap guru-guru, atau ke majlis-majlis ilmu, atau menyertai aktiviti-aktiviti perkumpulan-perkumpulan dakwah.
2.       Mereka yang berminat untuk menambah ilmu, iman dan amal dalam beragama tetapi JARANG-JARANG dapat peluang untuk pergi menghadap guru-guru, atau ke majlis-majlis ilmu, atau menyertai aktiviti-aktiviti perkumpulan-perkumpulan dakwah. Bagi golongan ini, Madrasah Al-Amsyari lebih kepada penampung atau pengisi mana-mana bahagian yang kurang.
3.       Mereka yang memang SELALU PERGI menghadap guru-guru, atau ke majlis-majlis ilmu, atau menyertai aktiviti-aktiviti perkumpulan-perkumpulan dakwah tetapi mahukan tambahan, pengkayaan atau pemurnian.
4.       Mereka yang memang mengikuti tarbiyyah dan program-program SECARA LANGSUNG dengan Abu Zulfiqar di alam nyata.